Saksikan Benci Jadi Cinta, drama bersiri vertikal pertama TV3 eksklusif di TikTok Drama Sangat bermula 9 Disember 2024 disiarkan setiap hari pada jam 12 tengah hari. Drama 20 episod berdurasi 2 minit bagi setiap episod. Dibintangi oleh Syahmie Thsaqeef dan Harissa Adlynn sebagai pasangan utama.
sinopsis:
Mengisahkan hubungan antara Orked (Harissa Adlynn) dan Syah (Syahmie Thsaqeef), dua rakan
Mengisahkan dua rakan sekerja, Syah (Syahmie Thsaqeef) dan Orked (Harissa Adlynn), yang saling bertentangan pendapat dan sering terlibat dalam perselisihan di tempat kerja. Dengan personaliti yang sangat berbeza β Syah yang tenang dan teratur, berbanding Orked yang ceria dan kelam-kabut β hubungan mereka dipenuhi ketegangan. Namun, takdir membawa mereka untuk bekerjasama dalam sebuah projek besar yang mengubah segalanya.
Pertemuan pertama mereka sudah penuh drama, apabila Orked secara tidak sengaja membaling tumit kasutnya ke arah Syah, menyebabkan situasi tegang. Namun, seiring berjalannya waktu, mereka terpaksa belajar untuk berkomunikasi secara profesional meskipun perasaan tidak senang hati masih menyelubungi.
Comments
Post a Comment