Slot Lestary: Cinta Dan Angan Angan



 Drama bersiri 20 Episod,  Gadis dan Angan Angan.

►Mulai 28 September -> Khamis-Sabtu ->

9 malam di slot Lestary TV3

Cerita ini didaftarkan di  sebagai projek perundingan di Research Management Center (RMC), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sinopsis: 

Cerita ini berkisarkan perjalanan 3 orang sahabat yang bersekolah dan pada masa sama terpaksa bekerja dalam mengejar cita cita menuju ke universiti.

Mereka menghidupkan watak tiga gadis sekolah, Mila (Riena Diana), Fida (Arena Wan), dan Jue (Bella Dowanna), yang terkenal dengan gelaran ‘Gadis Jenin’ kerana imaginasi mereka yang tidak terbatas. 

Ketiga-tiga gadis ini bukan hanya berangan kosong. Walaupun mereka masih pelajar tingkatan enam, mereka juga bekerja ‘part-time’ sebagai cleaner selepas sekolah untuk menampung dan membantu keperluan hidup keluarga. 

Hidup mereka penuh liku, tapi itu tidak menghalang mereka daripada berimaginasi tentang masa depan yang lebih cerah, seolah-olah setiap babak kehidupan adalah skrip filem mereka sendiri!

sebagai anak sulung dalam keluarga masing-masing dengan bilangan adik-beradik yang ramai, mereka tekun menjalankan tugas sambil memasang impian mengharapkan suatu hari nanti segala usaha mereka akan membuahkan hasil.

Kisah mereka bertiga bermula apabila percintaan mereka dibangku sekolah hancur apabila kekasih masing-masing melanjutkan pengajian dan menemui cinta baru. 

Walaupun patah hati, Mila, Fida dan Jue terus bangkit dan tidak membiarkan kekecewaan menjadi penghalang. Mereka tetap ceria dan berjaya menamatkan peperiksaan STPM bersama-sama, meskipun berdepan dengan pelbagai rintangan sambil bekerja sambilan.


Gandingan hebat:
@belladowanna_halim @arenalieya @rienadiana_ 
@zamriezgoldenpictures

Director: @khalidnadzri
Penerbit: @wzamri111 @syafiqazamriez


Comments