Pinjaman Syurga


Nantikan drama bersiri Pinjaman Syurga akan datang di slot Samarinda TV3. Drama arahan Shuhaimi Zulkefli, dibintangi oleh Janna Nick, Gambit Saifullah dan Keith Foo.

Episod: 8

Tarikh Tayangan: 5/9/ 2024

Rangkaian: Samarinda TV3

Pengarah: Shuhaimi Zulkefli

Produksi: Anomali Media Sdn Bhd

Sinopsis:

Mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga diuji dengan dugaan yang besar dan pengorbanan yang luar biasa dalam menghadapi realiti kehidupan yang tidak dijangka.


Berkisar kisah hidup pasangan suami isteri, Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo) yang mengalami pergolakkan setelah mengetahui bahawa anak tunggal lelaki mereka iaitu Haikal (Akif Darwisy) adalah seorang kanak-kanak autisme. Seperti angin badai yang tiba tanpa diduga, berita ini menggoncang kehidupan bahagia selama lima tahun perkahwinan mereka, menguji kesabaran, kecekalan, dan kasih sayang yang ada.


Taufik yang dulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.


Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri. Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.


Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.


Namun, seberapa kuatkah seorang ibu seperti Natasha dapat menghadapi ujian ini sendiri dan mampukah Natasha membesarkan anak pinjaman syurga ini dengan penuh kasih sayang sehingga ke akhir?

Barisan Pelakon

Janna Nick

Gambit Saifullah

Keith Foo

Natasya Mahyan

Ziha Salleh

Fizo Omar

Laila Nasir

Aleza Shadan





Comments