Slot Lestary: Pengantin pasti Jadi

 


Berpaut pada jalan cerita yang sama. Menyatukan dua jiwa yang selama ini saling mencari.

▶️ #PengantinPastiJadi -> Mulai 11 Julai -> Khamis-Sabtu -> 9malam di TV3!



Sinopsis: 

Drama yang disiarkan sebanyak 20 Episod ini mengisahkan perjalanan hidup Raid Amzan dan Nureen di mana masing-masing ditinggalkan pasangan pada hari pernikahan mereka.

Kedua-dua perkahwinan mereka itu diatur oleh ibu mereka iaitu Seri Hanim ibu kepada Nureen manakala Datin Hasnah, ibu Raid.

Oleh kerana masing-masing terjebak dalam situasi tragedi "Pengantin Tak Jadi" ini, ia menjadi tular. Susulan itu, Raid dan Nureen memutuskan untuk pergi bercuti tanpa dirancang.

Mereka bercuti di tempat yang sama dan dalam percutian itu, mereka bertemu buat pertama kali.

Sejak dari pertemuan pertama mereka mula bertengkar, ada sahaja situasi yang tidak menyenangkan berlaku setiap kali mereka bertembung.

Namun, tanpa mereka sedari, kemesraan mula berputik sehingga membuatkan mereka ingin mengenali hati budi dengan lebih dekat.

Sekembali ke Kuala Lumpur, Raid menawarkan Nureen menjadi guru peribadi kepada anak buahnya, Tia yang berusia enam tahun.


Hubungan antara mereka bertiga semakin akrab dan akhirnya cinta antara Raid dan Nureen mula bersemi.


Walau bagaimanapun, keakraban mereka tidak direstui oleh Datin Hasnah dan Seri Hanim yang mencetuskan konflik untuk memisahkan mereka.

Berikutan itu, Norman iaitu ayah kepada Nureen membabitkan diri dan membawa Raid dan Nureen untuk dinikahkan di kampungnya.

Namun, kekecohan berlanjutan apabila Datin Hasnah serta Seri Hanim mengetahui tentang pernikahan itu sehinggalah Norman campur tangan dan mendapat persetujuan daripada Datin Hasnah dan Seri Hanim bagi merancang majlis persandingan mereka secara besar-besaran tetapi konflik terus berlaku.

Pengantin Pasti Jadi disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3 mulai 11 Julai lalu. Untuk penonton yang ingin menonton lebih awal, episod baharu boleh strim 24 jam lebih awal melalui Tonton.

Lakonan:

@alirezark

@ashamerican

@ungkuhariz

@sera_melissa_

@rieshaaslan

@danieshsuffian

Dan ramai lagi.


Arahan Ayie Mustafa

Terbitan Creative Skill 

Comments