Drama Calon Isteri Buat Suami



CALON ISTERI BUAT SUAMI (2025)
Pengarah : Bahri Umar

Drama yang baru 4 episod ditayangkan di tv3 ini berdasarkan dari adaptasi novel 'Calon Isteri Buat Suami' karya Sophilea. 

Mengisahkan Haizi ( Siti Hariesa ) yang patah hati selepas bakal suaminya, Khalif ( Hazeeq Dean) putuskan pertunangan mereka kerena Khalif ni curang, ada wanita lain, tapi sebabkan dia tak mengaku dia salah, dia pusing cerita, dia kata Haizi yang curang, ada skandal dengan doktor di kampung mereka.

Haizi bawa diri ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan Datin Yasmin ( Jasmin Hamid) yang kemudiannya meminta bantuan Haizi untuk berkahwin dengan anak lelakinya, Nazim Hilman ( Jazmy Juma ) . Nak kahwin dengan anak Datin mana boleh sesenang itu, ada syaratnya. Jika Haizi tak mampu lagi untuk bersama dengan Nazim, Haizi perlu carikan wanita lain untuk Nazim kahwini. Haizi yang menurut arahan ni agak lurus bendul, dia carikan calon isteri buat suaminya pada hari pertama dia bergelar isteri πŸ₯΄. 

Mana yang minat nak tengok cerita kisah cinta yang manis manis kemudian sakit hati ada penyondol, boleh la menonton drama ni. Nampak ada keserasian antara dua pelakon utama ni, tak nampak kekok bila berlakon bersama. 

Nak tahu berjaya ke tak dia carikan calon isteri  buat suaminya, kena lah tengok cerita ni. Setakat 4 episod yang saya tengok, tak rasa sakit hati sangat, watak Wawa radio karat yang suka jaja cerita orang lain ke seluruh kampung, tak meyakitkan hati sangat. Kisah Khalif curang pun biasa biasa je sebab Khalif pun memang dah nampak tak berapa sayangkan Haizi, panas baran dan cemburu buta je la perangai dia. Kena tunggu watak Trisha Oii berkembang, rasanya dia yang akan huru harakan perkahwinan Haizi nanti. Trisha Oii ni salah seorang pelakon yang berbakat, kalau dia dapat watak jahat, memang jahat betul, menjadi jahatnya, buat saya benci watak tu.


Sinopsis novel

"Saya nak awak kahwin dengan dia supaya dia tahu dalam dunia ini lelaki perlukan perempuan untuk saling melengkapi. Awak holeh tamatkan kontrak ini bila awak dapat carikan jodoh yang sepadan untuk Nazim." - Datin Zainab


Berat tugasan yang diberi. Diminta bernikah dan carikan jodoh lain buat suami. Orang gila saja yang buat keria begini. Tapi entah kenapa bisikan hati Haizi suruh terima.


β€œMama nak suruh Nazim bemikah dengan budak tu? Mama rasa Nazim dah hilang akal ke nak terima?” – Raja Nazim



Comments