Bahagia yang Tertangguh

 


Bahagia Yang Tertangguh


Drama ni baru tayang 3 episod tapi darah min dah mencanak naik ke langit, ya Allah sakitnya hatinya min tengok cerita ni. Untuk 3 episod ni ramai sungguh jahat, suami, biras, kak ipar dan orang atasan semua perangai macam Cetan 😤


Sinopsis:

Nurin Hana ( Nad Zainal ) berkahwin dengan Zakwan ( Izzue Islam) yang merupaka seorang 'adik kakak' ( adik yang tak berani membantah setaip arahan / permintaan kakak). Hana dah 8 tahun berkahwin dengan Zakwan tapi hidupnya tak bahagia, sering di cemuh dan di buli akak ipar. Akak iparnya, Juriah ( Che Ta) dapat akses penuh keluar masuk rumah Hana. Dah la masuk ke rumah, komplen pula cara Hana urus suami dan anak, sibuk membebel , kritik cara Hana uruskan rumahtangga. Selain tu, dia suka curi pakaian dan beg tangan Hana, ambil mainan anak Hana untuk diberi pada anak lelaki nya yang dah sekolah menengah 


Selain tu Hana juga terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga Juriah. Zakwan berkerjaya sebagai peguam tapi tak mampu nak tanggung keluarga akak dia, sibuk minta Hana yang tanggung, dah tu seringkali ugut Hana dengan ayat agama, redha suami adalah redha Allah, supaya Hana akan turutkan semua permintaan dia. 

Paling menyakitkan hati, Zakwan ada skandal , dengan bekas kekasihnya. Hubungan Zakwan dengan skandalnya direstui oleh Kak Juriah. Paling cetan, Zakwan berzina dalam kereta semasa anaknya masuk wad, sedangkan masa tu Hana separuh nyawa risaukan anaknya, cuba untuk sampai ke hospital dengan segera, dalam perjalan ke hospital, kena ragut. Dah sampai ke hospital, Kak Ju tak bagi masuk wad. Hana menangis depan pintu merayu nak masuk tengok anak. Kalau min lah kan, kalau min jadi Hana, min dah histeria dah. Min rempuh je pintu wad tu, apa nak jadi, jadi lah asalkan dapat tengok anak. Tapi tu lah, min bukan Hana 🥹


Biras dia pun jahat. Lakukan serangan seksual pada Hana, berhutang sana sini, sampai Ahlong cari kat rumah. Sekarang Kak Ju dan suaminya buat muka tak malu nak menumpang rumah Hana ...


Eeee min geram la tengok cerita ni 😤😤 


Tapi lakonan pelakon memang bagus. Nad Zainal menangis teresak-esak, min pun menangis tapi tu la setia dan taat tak bertempat, dia ada juga bergaduh dengan Kak Ju tapi Zakwan tetap sebelahkan akaknya, akhirnya Hana terpaksa la ikut cakap suaminya, redha je la beg tangan kena curi, bayar segala keperluan dan kehendak keliarga iparnya 🥲 Lakonan Che Ta dan Izzue Islam ni kalau korang tengok rasa nak cilikan je mulut diorang dua. 




Comments