Perempuan Paling Merana


 

PEREMPUAN PALING MERANA (2024)

Dengan kehadiran Pak De, ia membuatkan luka yang telah sembuh, berdarah kembali. Dosa lama kini menghantui dan mengacau kebahagiaan Saleha sekeluarga. Bagaimana Saleha dan suaminya, Amir menghadapi dugaan ini?


Sinopsis:

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa) sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia. Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya.

Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa senggangnya. Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Suatu hari, keluarga Amir buat majlis makan keluarga untuk menyambut kedatangan  Pak De' ( Zamarul Hisham) yang merupakan adik angkat arwah ayah Amir. Saleha tidak pernah bertemu dengan Pak De' dan alangkah terkejutnya apabila bertemu Pak De' di majlis tersebut. Kisah silam Saleha kini muncul kembali. Kisah silam yang dia tutup rapat dan tak pernah cerita kan kepada sesiapa, termasuklah , Amir , suaminya sendiri. 


Pak De' telah membuat hidupnya huru hara apabila Pak De' datang menuntut "haknya". 


Telefilem ni menceritakan kisah seorang yang berhijrah menghadapi dugaan untuk terus istiqamah. Ye la nak berubah tu senang, nak istiqamah tu berat, banyak dugaan. Lakonan pelakon menjadi. Mimik muka sedih, kecewa,marah memang menjadi sebab pelakon semua berbakat besar. 


Saya paling menyampah watak Pak De'. Menjadi betul Zamarul Hisham bawa watak lelaki tua gatal miang keladi. Mendidih betul la darah tengok babak dia jadi lelaki gatal. 


Telefilem ni bermain dengan emosi, apabila terbongkar satu persatu rahsia , timbul perasaan marah, sedih dan meluat. Sebabkan seorang, hidup  Saleha jadi merana. Siapakah orang yang buatkan hidupa Saleha merana? Orang yang bertanggungjawab , yang memusnahkan hidup Saleha? Nak tahu? Kena lah tengok sendiri telefilem ni. 



Comments