Episode akhir Pemburu Rahsia

 


Episode akhir. Siapa secret keeper 



Selepas bertengkar, Alia meluru keluar rumah. Namun, sebaik dia keluar, Alia ditahan pihak polis.



Alia dibebaskan selepas polis tidak cukup bukti until mengaitkan Alia dengan kes bunuh Mia.


Alia menerima panggilan dari secret keeper. Tanpa disedari, seseorang telah memukul Waiz dan Alia hingga pengsan.

Setelah sedar dari pengsan, alia mencari Waiz. Waiz telah diikat dan kebenaran mula terbongkar siapa secret keeper. Wajah Di sebalik topeng. Memang suspen time ni


Syakir rupanya. Unexpected betul.!

Dia marah kerana Mia bunuh diri sebab mereka.
Syakir menceritakan sebab dia membela kematian Mia. 
Mak Mia muncul. Rupanya Suraya berkomplot dengan Syakir selama Ini. ( Yang ni ramai Yang boleh agak) 
Suraya juga  menjelaskan ramai yang tak Peduli Akan Mia. Ini membuatkan dia membalas dendam Akan kematian anknya.

Alia memohon maaf Dan merayu pada Suraya. Alia menyatakan dia tahu siapa pembunuh sebenar Mia.
Alia menyatakan Syakir pembunuh sebenar. Tapi Syakir menafikan dan memberitahu Mia bunuh diri bukan dibunuh...
 Satu demi satu Rahsia Mia terjawab. Syakir Dan Mia pernah berhubungan hingga Mia pregnant. Mia memutuskan untuk menggugurkan kandungnya disebabkan Syakir tidak mahu bertanggungjawab.


Syakir mula gusar pabila Suraya mengacukan pistol ke arahnya. Lalu dia menuduh ikmal Yang membunuh. Ikmal juga membela diri dengan mengatakan dia adalah saksi Yang Mia dibunuh bukan bunuh diri kerana dia  bersama Mia sebelum menyaksikan  Syakir tertolak Mia ketika mereka bertengkar.


Kes selesai. Polis da tiba Di tempat kejadian ( kes besar polis dua org ja Ada).
Alia bercadang untuk tinggal Di luar negeri Dan mempelawa Waiz untuk berjumpa dengannya jika rindu.

 Tapi sebelum tamat, Alia menerima satu SMS.
 Eh... Ada sorang Lagi secret keeper Yang belum diketahui?

Macam Ada sambungan. Ke director sengaja biar cerita hanging mcm Tu.



Comments