Slot Akasia: Terima Kasih Cinta

 


Drama adaptasi novel karya Aisha Sofea.

Sinopsis: 
Pertemuan An dengan Yaya dan Lea membawa ke pertelingkahan antara dia dengan Harris Ibrahim. Lelaki sombong dan bongkak itu tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya malam memberi amaran untuk tidak lagi terlalu mengambil berat terhadap mereka. Tapi tidak bagi anak-anak kecil itu. Mereka mengharapkan belas dari An. Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris kembali menagih pertolongan dari ummi, ibu saudara An untuk menjaga kedua-dua anaknya tatkala bertugas malam.

n dihantar oleh Tan Sri Syed Abdul Rashid, Pengerusi Paradigm Holdings Sdn Bhd bekerja di PNG. Tetapi menetapkan syarat sama ada berkahwin dengannya dan An tidak akan bekerja jauh di negara itu. Atau An diberhentikan kerja atas alasan mengabaikan tanggungjawab. Razlan yang bakal mengahwini wanita pilihan keluarga datang menagih cinta lama dan mahu memperisterikan An di waktu yang sama.


Hidup An semakin kucar-kacir bila Harris meluaskan perasaanna pada orang tua An, Harris inging memperisterikan An demi anak-anaknya yang sudah menjadikan An mommy mereka.


Apakah An sanggup menerima lamaran itu sedangkan dia tidak pernah kenal siapa sebenarnya Harris. Apakah kebahagian itu mampu bertahan jika rumah tangga mereka nanti hanya dengankasih sayang Yaya dan Lea? Apakah tanpa cinta, An mampu meredah alam rumah tangga bersama Harris sedangkan cinta baginya adalah paling penting dalam membina sesebuah rumah tangga kekal bahagia? Apakah perkhawinan satu jaminan untuk An tidak lagi diganggu oleh Tan Sri Syed Abdul Rashid dan mana-mana lelaki? 



Pelakon:

  • Amar Baharin sebagai Dr Harris
  • Anna Jobling sebagai Wan Raihana
  • Azrel Ismail sebagai Razlan
  • Rita Nadira sebagai Dr Nora
  • Aida Khalida sebagai Ummi

Comments