Dendam Seorang Isteri

 




Drama adaptasi drama korea ini kini di Malaysia. Drama ini trending di media sosial. Netizen sedang menunggu pembalasan Amira aka Neelisa terhadap Kirana

Jumlah Episod: 80
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2022
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Channel: Astro Prima slot Tiara

Sinopsis:
Mengisahkan Amira, seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya sikap Harris yang suka berfoya-foya dan tidak pernah setia memberi tekanan kepada Amira. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira. 

Kemudian, adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira. Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris, Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq. Amira yang masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang lewat. Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan Kirana. 

Kirana tidak peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui dirinya kini sudah hamil. Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas Harris daripada hidupnya. 

Kirana dan Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira menjadi Neelisa!

pelakon:
Fasha Sandha sebagai Amira / Neelisa
Nad Zainal sebagai Kirana
Wan Raja sebagai Harris
Aidit Noh sebagai Naufal
Roy Azman sebagai Mus
Ziema Din sebagai Datin Mona
Dian P. Ramlee sebagai Ain
GM Fauzan sebagai Sulaiman
Zarynn Min sebagai Kak Baby
Sefik Khair sebagai Syafiq

Comments