Megadrama: Dia Yang Ku Jadikan Suami

 


Marah ya? Mari sini.. I tahu cara untuk memujuk you.." Naim memanggil menepuk ruang di sebelahnya. Sengaja dia berbuat begitu untuk mengajar gadis tidak sedar diri itu. Dia ingat lepas jadi isteri aku dia kena layan seperti puteri raja ke? Mimpilah!

Naaz terus bersandar di almari sambil menatap Naim tajam. Mana mungkin dia mengikut arahan Naim yang langsung tidak diiktiraf sebagai suami sebenar. Walaupun hatinya terasa berdebar apabila ada Naim di situ tetapi dia tidak mahu hatinya tertipu. Naim itu bukan boleh dibuat main-main. Kalau Naim tiba-tiba rajin menapak mendapatkan Hana di hotel tempoh hari, tidak mustahil lelaki itu merancang sesuatu yang menyebabkannya tertewas nanti.

"You tak payah berlagak you tu hebat sangat. Banyak lagi lelaki di luar sana lebih hebat dari you. Setakat lelaki macam you.."

"Naazneen Fatah!" Lantang dia menyeru nama Naaz. Wajah polos Naaz ditenung tajam.

Rahang Naim bergerak-gerak menahan marah. Walaupun tiada rasa suka di hatinya pada wanita itu tetapi apabila dirinya dibanding-bandingkan dengan lelaki lain tersengat juga jiwanya.

"Itulah I kata, jangan cuba cabar I. I bukan seperti Hidayah yang tahu mengalah.." perli Naaz sinis sambil melurut rambutnya. Setelah itu dia ke meja rias tanpa mempeduli Naim yang sedang berada di situ. Rambutnya disikat dan diikat satu.


Nantikan tayangan pada Julai/Ogos nanti.

Comments