Filem Penunggang Agama

 


Keseluruhan cerita bagi saya jalan ceritanya agak ringkas dan mudah dihadam walaupun di pertengahan cerita ada sedikit twist. Ada beberapa part scene shoot memang nice gile..lighting on point. Watak Amir @zul_ariffin kali ini berbeza dari yang biasa.Pada mulanya nampak janggal tetapi terbaik .

👍🏻. Watak Tok Aji @nasirbilankhan1760 memang padu seperti biasa tidak pernah mengecewakan 🔥🔥. Juga kredit harus diberi pada pelakon lain yang terlibat dalam filem ini. Jika dibandingkan tahap keseraman filem munafik dengan cerita ini, filem munafik lagi seram 😱. Unsur-unsur agama turut menjadi tauladan serta peringatan kita sebagai umat islam. Ending dia, tengok sendiri..haha katakan tidak pada spoiler ❌.


Sinopsis:

Mengisahkan tentang Amir (Zul Ariffin) dan Anna (Azira Shafinaz), pasangan suami dan isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria (Sabrina Ali) telah mengalami gangguan makhluk halus.


Dato' Hafsyam (Jalaluddin Hassan), iaitu bapa Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji (Nasir Bilal Khan). Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato' Hafsham pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan. Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini?

tonton online





Comments