Widuri: Panggil Aku Dahlia


 

Panggil Aku Dahlia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Isma Yusoof & Shuhaimi Zulkefli. Drama ini dibintangi oleh Riena Amirah dan Razzuan Rosli. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri.

Sinopsis:

Kisah mengenai Puteri Dahlia, anak tunggal kepada pengusaha Ladang Teh, Megat Qais dan Puan Lorrinda. Kisah tragis dan memalukan mengenai kematian ibunya membuatkan dia menjadi seorang perempuan yang tanpa emosi, tidak mudah mempamerkan perasaan, dan seorang yang pemendam. Kerjaya yang diminatinya, arkeologis terpaksa ditinggalkan kerana ayahnya memanggilnya pulang ke Tanah Rata.

Syarikat mereka dalam keadaan kritikal dan sudah pasti Dahlia yang perlu menyelamatkannya. Tetapi kenangan mengenai tentang ibunya membuatkan dia beku, keras. Ayahnya berada di atas kerusi roda, stroke.

Pelbagai perkara berlaku selepas kepulangannya ke Tanah Rata. Pertemuan semula dengan musuh ketatnya, Wadi Hannan anak pemilik ladang teh sebelah sangat menjengkelkan. Rupanya ada peristiwa semasa sekolah yang membuatkan Dahlia mendendami pemuda itu. Tapi siapa sangka, Wadi jatuh hati pada Dahlia. Kepulangannya juga membongkar misteri di sebalik kematian ibunya.

Pelakon:

  • Riena Amirah sebagai Puteri Dahlia Megat Qais
  • Razzuan Rosli sebagai Wadi Hannan Maarof
  • Aleeya Asya sebagai Tasneem
  • Hazrat Muaz sebagai King Shah


Comments