Separuh Nafas Cinta



Drama bersiri vertikal baharu, Separuh Nafas Cinta, yang bakal disiarkan eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton mulai 1 Disember 2025, dengan tayangan dua episod setiap hari pada jam 12.00 tengah hari dan 8.00 malam. 

Drama 60 episod dengan durasi dua hingga tiga minit setiap satu. 

Menampilkan gandingan pertama kali finalis Pencarian Pelakon Drama Sangat iaitu Amin Sufian dan Ariana Yusof, bersama barisan pelakon lain termasuk Amri Dahlan dan Zazzleen.


Sinopsis:

Ariana (lakonan Ariana Yusof) ditinggalkan tunangnya, Iskandar (lakonan Amri Dahlan), tanpa sebarang berita sebelum akad nikah. Demi menjaga maruah keluarga, Hariz (lakonan Amin Sufian), adik Iskandar terpaksa menggantikan tempat abangnya dan menjadi “pak sanggup”.


Biarpun bersetuju berkahwin, Ariana menetapkan syarat jelas bahawa Hariz mesti menceraikannya selepas enam bulan. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila Ariana diburu tekanan demi tekanan, khususnya daripada Juhara (lakonan Zazzleen), ibu mentua yang langsung tidak merestui kehadirannya.


Tinggal di bawah satu bumbung, rumah Juhara menjadi medan penderaan fizikal dan emosi. Ariana terpaksa menempuh kehidupan seperti pembantu rumah, menanggung pelbagai derita, sementara Hariz tersepit dalam kedudukan sukar sebagai seorang anak dan suami. Mampukah mereka menemui kedamaian di tengah pusaran sengsara ini?


Comments