Tonton di Viu Channel
Sinopsis:
Episod Pertama menceritakan tentang Kerol, seorang bintang rock muda yang mengikut jejak langkah bapanya yang kini patah hati setelah bapanya jatuh sakit dan seterusnya meninggal dunia. Sejak kecik, dia tinggal bersama bapanya setelah ibunya meninggalkan mereka kerana kesempitan hidup. Namun begitu, hubungan Kerol dan ibunya tidak putus walapun ibunya kini mencipta kerjaya di luar negara.
Alani, seorang wanita yang berkorban segalanya demi suami tercinta, Farouq. Setelah berkahwin, dia berhenti kerja untuk menjadi suri rumah sepenuh masa demi demi mentaati suaminya dan menjaga anak lelaki tunggal mereka, Iqi. Kerana sentiasa sibuk menguruskan hal rumah tangga, Alani kini tidak kisah dengan penampilannya yang sentiasa kusut dan selekeh, sehinggakan keluar rumah pakai baju terbalik pun tidak disedari.
Farouq mempunyai seorang perempuan simpanan iaitu Neesa, adik angkat Alani sendiri. Ketika Iqi masuk hospital kerana sawan, Farouq sibuk dengan si Penyondol. Yang Alani pula kekal positif, percaya dan anggap Farouqla suaminya terpaling baik.
Pertemuan dan perselisihan pertama antara Alani dan Kerol bermula di hospital dan masing2 mempunyai masalah sendiri dan tidak sedar kewujudan masing2.
Satu hari, ketika ingin membuat kejutan harijadi untuk Farouq, Alani pula yang mendapat kejutannya sendiri apabila mendapat Neesa ada dirumahnya.
Nantikan kisah cinta antara seorang ibu tunggal dan seorang lelaki yang 10 tahun lebih muda dalam Seadanya Kita.
Pelakon :
Emma Maembong sebagai Alani
Mierul Aiman sebagai Kerol
Shahz Jaszle sebagai Farouq
Nelissa Nizam
Ara Johari sebagai Maria
Kael Noah sebagai Iqi
Anas Ridzuan
Yasmin Hani sebagai Dato Sarah
Comments
Post a Comment