Cerekarama: Rentak Dua Hati

 


Berani jadi diri sendiri – walaupun dunia tidak setuju.

Dia pendam rahsia, dia kejar cinta. Tapi yang mana harus dia pilih?


Rentak Dua Hati membawa anda menyelami dilema seorang wanita yang hidup dengan dua identiti dan cinta yang tak diduga. Bila prinsip, cinta dan tekanan sekeliling bertembung… mampukah Adila memilih yang benar?

Satu kisah dua identiti… dan cinta yang melangkaui batas bangsa. ❤️✨

Rentak Dua Hati, telefilem sulung arahan Siti Saleha, membuka tirai projek istimewa Dari Layar Ke Lensa sempena ulang tahun ke-41 TV3. Saksikan kisah Adila, seorang peguam yang juga DJ malam secara rahsia, yang terjebak dalam dilema cinta, prinsip dan tekanan masyarakat.

Adakah Adila akan memilih jalan yang benar untuk dirinya? 


🌟 Dibintangi oleh Auni Yusri, Zhen Ning & Khatijah Tan



📺 Saksikan arahan pertama Siti Saleha dalam #RentakDuaHati, Sabtu ini, 5 Julai jam 10 malam di slot #CerekaramaTV3.



Comments