Rengkuh



RENGKUH ( 2025) 

Pengarah : Danny Alamsyah

Sinopsis:

Nahdiyar yang mengorbankan seluruh hidupnya demi membesarkan adiknya, Nadirah. Setelah Nadirah berjaya menjadi animator, hidup mereka berubah apabila Nahdiyar mengalami kemalangan dan hilang keupayaan mental. Nadirah terpaksa kembali ke kampung dan meninggalkan impiannya untuk menjaga abang yang pernah berkorban segalanya untuknya.

Telefilem menarik. Mengisahkan Nahdiyar ( Aidil Aziz) menjaga adiknya , Nadirah ( Ezzaty Abdullah) setelah kematian ibu bapa mereka. Nahdiyar banyak berkorban semasa membesarkan Nadirah. Setelah dewasa, Nahdiyar masih tinggal di kampung nelayan, manakala Nadirah ke bandar , bekerja sebagai animator.


Suatu hari, Nadirah dapat panggilan yang abangnya jatuh di jeti. Selepas insiden itu, Nadhiyar tak seperti dulu, dia alami trauma kecederaan otak yang menyebabkan perilakunya kembali seperti kanak-kanak dan dia tak ingat langsung yang dia mempunyai adik bernama Nadirah. Bayangkan seorang lelaki dewasa berperangai kanak-kanak. Agak meletihkan untuk Nadirah jaga abangnya seorang diri. Belum lagi campur tangan dari ibu saudara Nadirah yang ingin menghantar Nadhiyar ke rumah jagaan orang kurang upaya kerana tak mahu suaminya jaga Nadhiyar 😭.


Sinematografi telefilem ni cantik, penggunaan warna dalam cerita ni cantik, dah setaraf filem antarabangsa. Jalan ceritanya lurus, tak ada nak buat penonton pening nak fikir itu ini, cuma ada plot twist di akhir cerita. 




Tonton Rengkuh


Comments