Dzikir



Drama bersiri terbaharu bertajuk "Dzikir", yang mula bersiaran pada 19 Mei 2025 di Slot Tiara, Astro Prima. Drama ini juga boleh distrim menerusi Astro One dan sooka.

Jumlah episod: 30

Sinopsis: 

Dzikir mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Dzikir, lakonan mantap Fasha Sandha, yang bahagia dengan suaminya, Azhar (Fikry Ibrahim) seorang nelayan, namun bahagia dan setia Dzikir pada suaminya bakal berhadapan pancaroba apabila Dzikir yang terpaksa bekerja dia rumah Tuan Kamil dek kerana gantikan adik iparnya yang sakit.


Tuan Kamil yang terpegun dengan Dzikir langsung jatuh cinta pada Dzikir walau sedar yang dia sudah bersuami. Penerimaan Aqasha, anak autistik Tuan Kamil terhadap kehadiran Dzikir merumitkan keadaan dan perasaan Tuan Kamil yang perlu menghadapi paksaan ibunya untuk berkahwin dengan Suhana.

Pelakon:


Fasha Sandha sebagai Dzikir

Keith Foo sebagai Tuan Kamil

Fikry Ibrahim sebagai Azhar

Cahaya Nilam sebagai Suhana

Anne Abdullah

Zarina Zainuddin

Zulkifli Ismail

Fadilah Mansor

Amanda Misbun sebagai Rina

Cahaya Nilam sebagai Suhana

Tisya Ong

Mak Engku

Comments