Iklan Raya Battery Killer Raya

 


Iklan Raya Bateriku yang berjudul Battery Killer Raya, telah meraih hampir 230,000 tontonan di TikTok selepas rata-rata penonton berkongsi semula di aplikasi X dan memberi komen positif.



Menjadi episod terakhir kepada siri Battery Killer, video ini akhirnya merungkai identiti sebenar Battery Killer, watak Syawal yang dilakonkan oleh Amir Nafis.


Dalam penceritaan dramatik ini, Syawal digambarkan sebagai individu yang ‘membunuh’ bateri kereta orang lain setiap kali musim perayaan, berpunca daripada trauma masa kecilnya.


Dalam iklan ini, Syawal mengalami trauma selepas menyaksikan ibu bapanya bertengkar teruk ketika perjalanan pulang ke kampung pada musim Hari Raya 15 tahun lalu.


Punca pergaduhan mereka adalah masalah bateri kereta yang akhirnya membawa kepada perceraian. Kesan daripada insiden itu, Syawal membesar dengan perasaan dendam dan memilih untuk menyebabkan kesusahan kepada orang lain dengan merosakkan bateri kereta mereka.

Comments