Skuad X

 


Empat remaja yang memiliki kuasa supernatural memulakan misi epik melawan kejahatan! 

Terbaharu di slot Lestary, drama Skuad X yang dibintangi oleh pelakon muda dan berbakat seperti Imran Aqil, Marc Syahmie, Nelissa Nizam, dan Yusof Hashim akan memukau penonton dengan jalan cerita yang penuh misteri! 

Drama ini akan bersiaran mulai 22 November 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam dan mulai Disember akan disiarkan pada hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di TV3.

Sinopsis: 

Skuad X mengisahkan perjuangan empat sahabat iaitu Paq Lie (Imran Aqil), Ebok (Nelissa Nizam), Khai (Marc Syahmie) dan Buyong (Yusof Hashim) dalam menguasai kuasa luar biasa mereka dan menghadapi ancaman jahat yang tidak terduga. Walaupun mereka mempunyai kuasa istimewa sejak kecil, kegagalan untuk mengawal kuasa tersebut telah menyebabkan kekacauan dalam kehidupan harian mereka sehingga disisih oleh masyarakat dan keluarga sendiri.



Comments