Filem Reversi

 



Filem Reversi .

Filem top 1 di Netflix kini.

Diarahkan Oleh Adrian Teh, Diterbitkan Oleh ACT 2 Pictures ,Clover Flims Serta Golden Screen Cinemas.


Dibintangi Oleh Beto Kusyairy, Shiqin Kamal, Hasnul Rahmat, Vanida Imran , Azhan Rani, Zahiril Adzim Dan Ramai Lagi!

Di Pawagam Malaysia, 19 Disember 2024


👉REVERSI (2024)

Filem ni memang sedih 😭😭


Filem ni mengisahkan Akid ( Beto Kusyairy) yang mana keturunannya mempunyai satu kebolehan iaitu dapat merentas masa. Tapi mereka hanya dapat kembali ke masa silam sahaja. Namun, ada harga yang perlu dibayar , jika kerap kembali ke masa silam, mereka terpaksa membayar dengan umur mereka sendiri, mereka akan cepat menua. 



Akid berkahwin dengan Sarah ( Shiqin Kamal) mereka bahagia sehinggalah berlaku satu kejadian yang buatkan Akid berulang kali kembali ke masa silam untuk ubah takdir. 



Filem ni sedih sangat. Ya, ada masanya kita gembira apabila dapat kembali ke masa silam, terutama kembali ke saat yang menggembirakan dalam hidup kita. Tapi, ada kala kita perlu memandang ke masa depan tanpa kembali ke masa silam, jika kembali ke masa silam atau lebih tepat mengubah takdir itu akan lebih menyakiti hati kita 😭😭



Filem ni cantik sangat, disusun dengan kemas, walaupun kembali ke masa silam, penonton dapat beza dengan warna kuning dalam filem. Lakonan pelakon, semua menghayati watak, berjaya buatkan penonton menangis. Lakonan Beto tak perlu dipertikaikan, memang A+. Filem ni sesuai ditonton seisi keluarga, buatkan kita lebih hargai orang yang kita sayang selagi diberikan masa untuk bersama mereka. 



Filem ni merupakan makna sebenar berdamai dengan takdir. Ya, untuk hidup lebih tenang, kita perlu berdamai dengan takdir .


#Reversi

#MeowReview

Comments