Mentua



MENTUA


Drama bersiri 15 episod ini diterbitkan oleh OrangeTree Production yang menampilkan barisan hebat  pelakon seperti Fauziah Dato' Ahmad Daud, Elizad Sharifuddin, Syarul Ezani, Dato' Jalaluddin Hassan, Apich Lo,Dayang Areeda, Hanna Aqeela, Raden, Faradhia dan ramai lagi bakal  bersiaran mulai 24 Ogos 2024, setiap Khamis hinggaSabtu, jam 9.00 malam di Slot Lestary di TV3.


‘Mentua’ menandakan detik kemunculan semula Elizad Sharifuddin memegang watak utama dalam slotdrama bersiri TV3. Kepulangan Elizad ke kaca televisyen sememangnya dinantikan oleh peminat yang merindui lakonan beliau di sampling pelakon lagenda ogy

Sinopsis: 

👉‘Mentua’ mengisahkan Azizah (Fauziah Dato' Ahmad Daud), seorang ibu dan isteri yang dominan, merasa terancam dengan kehadiran menantu baharunya, Emilia(Elizad Sharifuddin), yang berkahwin dengan anak sulungnya, Amir (Syarul Ezani). Azizah menampilkan dirinya sebagai seorang yang anggun, berjaya, dan sentiasa dipandang tinggi oleh keluarga serta masyarakat setempat. Sebagai tunggak keluarga, dia percaya bahawa dirinya akan sentiasa dihargai dan dikasihi. Dia selalu berpesan kepada anak-anaknya,“When you marry a woman, make sure you marry one as capable as your mother.”


Konflik bermula apabila anak sulungnya, Amir, berkahwin dengan Emilia, seorang usahawan muda tekstil yang berjaya. Azizah merasa tergugat dengan kehadiran Emilia yang lebih berusia dari anaknya yang dianggap sebagai pesaing dalam keluarga dan perniagaan. Emilia mempunyai hampir 90% persamaan karakter dengan dirinya, bezanya Emilia yang cantik, sopan dan bijak lebih tulus dalam setiap tindakan.


Kredit: TV3 Malaysia



Comments