Perang Nasi Dagang Kelate Vs Ganu


Nasi dagang sape paling sedap?
Perang Nasi Dagang Kelate dan Tranung Boh !!

Bermula 19 JULAI 2024, Jangan lupa untuk saksikan drama terbaru,
PERANG NASI DAGANG : KELATE VS GANU >> Setiap Jumaat, 9 malam di Astro WARNA dan Strim Astro GO 😎

Terbitan: @redbeanproduction
Arahan: @isseyfazlisham

Bersama dengan Kimal, Sabri Yunus, Nora Danish, Adrina, Issey, Mek Yun, Aswad, Merie & pelakon-pelakon hebat yang lain..

Sinopsis:
Stopa yang sudah bertahun lamanya memperjuangkan Nasi Dagang Kelantan di KL, terancam dengan kehadiran Danial yang membuka kedai Nasi Dagang Terengganu bersebelahan dengan kedainya.

Pembukaan cerita dengan pengenalan kedai ‘Nasi Dagang Sek Kito’ dari kelantan, dimiliki oleh Stopa (Sabri Yunus) otai Kelantan yang sudah bertapak di KL selama 23 tahun, hampir sama usia anaknya Sarah.

Cerita menjadi semakin menarik ketika kemunculan seorang lelaki 'Ganu' yang digelar Daniel (Kimal), sebagai pelanggan baru mereka dan tidak lama kemudian membuka kedai nasi dagang di betul-betul bersebelahan kedai Stopa, nama kedai diberi ‘Nasi Dagang Sek Kiter.’

Ini menciptakan persaingan antara Stopa dari Kelantan dan Daniel dari Terengganu. 

Comments