Malam Terlarang

 



Malam Terlarang pecah panggung dengan kutipan minggu pertama sebanyak RM4 juta, dan kini rasmi menjadi filem No.1 di Malaysia! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

Malam Terlarang merupakan sebuah filem seram Malaysia 2025 arahan Nurhanisham Muhammad. Filem yang dibintangi oleh Zul AriffinShasha AbedulSofia JaneSabri Yunus, Aila Azizul, Sharifah HaneesyaHasnul RahmatNormah DamanhuriAmir Nafis dan Sadiq M. Jamil. Filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 30 Oktober 2025.


Sinopsis:

Mawar merupakan gadis berusia 18 tahun yang terpaksa menangguhkan impiannya sebagai wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah, dengan bantuan kakaknya, Safar. Namun segalanya berubah selepas kematian mengejut dalam keluarga mereka membawa kepada gangguan makhluk misteri yang memaksa Mawar menyiasat rahsia di sebalik tragedi itu.

Dalam masa sama, bapanya Omar sibuk dengan kempen politik bagi menggulingkan ketua partinya, Haji Wahid. Ketika penyiasatan semakin dalam, Mawar berdepan kejadian paranormal mengerikan yang dipandang remeh oleh ahli keluarganya. Akhirnya, dia dan bapanya perlu berhadapan musuh sebenar untuk membebaskan diri daripada kuasa gelap yang menghantui hidup mereka.



Comments