Ipar adalah Maut

 IPAR ADALAH MAUT 


DI PAWAGAM MALAYSIA, 20 JUN 2024

👉 Diadaptasi daripada kisah benar

 mengisahkan rumah tangga Aris dan Nisa. Pada mulanya, perkahwinan mereka agak harmoni dan tiada sebarang masalah. Namun, keretakan rumah tangga mula berlaku apabila Adik Nisa, iaitu Rani, tinggal di rumah Nisa dan Aris. 


Rani tinggal di rumah mereka kerana ibunya risau untuk membiarkan Rani tinggal seorang diri tanpa keluarga. Dia meminta Nisa membiarkan Rani tinggal bersama mereka. Semasa tinggal di rumah Nisa, Rani cuba menggoda abang iparnya  Ini membuatkan Aris mula berminat dengan Rani dan Rani berasa gembira apabila suami kakaknya mendekatinya. 


Sehingga akhirnya, mereka menjalinkan hubungan terlarang dan mengkhianati Nisa. Sejak itu sikap Aris mula berubah membuatkan Nisa curiga dengan suaminya. Akhirnya Nisa memeriksa kandungan telefon bimbit suaminya dan ternyata Aris dan Rani sedang menjalin hubungan sulit.


Hubungan yang pada mulanya harmoni dan bahagia ini bertukar menjadi renggang .Nisa tidak menyangka suaminya yang selama ini dianggapnya soleh dan bertanggungjawab, sebenarnya menjalinkan hubungan sulit di belakangnya. Nisa juga tidak menyangka adiknya sendiri akan menghancurkan rumah tangga antara dia dan suami.


Kredit: Antenna Entertainments Malaysia

Comments