Lelaki untuk dicintai



Slot Widuri kembali kepada slot asal dengan drama adaptasi novel 'Lelaki Untuk Dicintai' karya Aunie Ayunie bermula 12 April 2024 pada setiap Jumaat hingga Ahad jam 6.45 ptg

Sinopsis: 
Bujang, seorang penjual hasil laut dan menjaga seorang ibu selepas kematian ayahnya. Ibunya mencari jodoh untuk Bujang. Mak Cik Sena dan Pak Cik Harun baru berpindah ke kampung dan berjumpa dengan Mak Miah dan Bujang. Di situ, Bujang berkenalan dengan Hawa anak Mak Cik Sena dan Pak Cik Harun.
. . .

Ku Bujang Bin Ku Buang, teruk sangat ke nama tu? Mana ada teruk pun. Nama itu satu dalam sejuta kut. Siti Hawa Khadijah, si gadis yang namanya cukup indah. Tapi, mulut celopar tahap nak mati. Bujang rasa macam nak sumbat saja mulut Hawa dengan bom. Urghhh! Minah senget.

Bab-bab jodoh ni, Bujang seram. Dah penat kut mak carikan jodoh untuknya, tapi tak ada seorang pun yang sudi. Sudah berpuluh kali juga dia kena paksa mandi bunga gara-gara jodoh lambat. Nak buat macam mana, kan? Reda sajalah.

Saat mendengar rancangan ibu dan abahnya, Hawa rasa macam nak putus nyawa. Jadi isteri Bujang? Si tauke ayam yang asyik memandu lori buruknya ke hulu dan ke hilir tu? Eii, yark!. Puas menepis, tapi rupa-rupanya dialah pemilik tulang rusuk Bujang.

Bila dah kahwin, Bujang jadi lelaki paling gentleman. Terserlah sisi Bujang yang sweet bak gula tebu. Diam-diam, hati Hawa terpaut.

Saat bunga cinta mula berkembang, ada pulak awan hitam datang berarak. Pulangnya Diana ke kampung halaman kerana satu rancangan. Keakraban Hawa dengan Ethan buat hati Bujang bertunas cemburu.

Seorang ke kanan, seorang ke kiri. Inikah akhir hubungan yang mereka inginkan? Bukankah hati sudah berkata, kau milikku... aku milikmu?

Kebahagian dan kesedihan tidak akan berada di tempat yang sama selamanya kerana kadang-kadang kita perlu membiarkan takdir berjalan dengan caranya sendiri.

Comments