Filem Kami 2008

 


Filem Ini kembali popular asbab Syarul Ezani @Dani dalam Hati Tercarik Luka. 

Sinopsis:

Kisah filem KAMI bermula dari detik berakhirnya siri TV-nya, apabila Abu (Nas-T) melarikan diri dari pusat pemulihan setelah bergaduh dengan seorang tahanan lain sehingga menyebabkannya terjatuh dari atas rumah ke tanah halaman, lalu bertemu kembali dengan empat orang rakan karibnya Ali (Syarul Ezani), Lynn (Liyana Jasmay), Adii (Ani Zayanah Ibrahim) dan Sofie (Juliana Evans) yang baru meraikan berakhirnya peperiksaan SPM dan zaman persekolahan mereka.

Mereka berlima bersantai di pinggir tasik. Lynn menyebut serangkap sajak dari buku 'Utopia Trauma' yang menarik minat Abu. Abu berjaya mencuri buku tersebut dari sebuah perpustakaan.

Setelah terdesak, Ali menghubungi Razak seorang "pusher" untuk mendapatkan bekalan pil khayal. Walau bagaimanapun panggilannya dijawab oleh Boy. Boy menyuruh Ali bertemu pekerjanya di satu tempat untuk mendapatkan bekalan tersebut. Ali terkejut apabila tiba di tempat yang dimaksudkan kerana Lynn menunggu di sana bersama bekalan dadah yang diminta dari Boy.


Kumpulan The Disasters iaitu kumpulan muzik Ali menghadiri sebuah lagi gig beraneka kugiran, tetapi meninggalkan pentas dengan tiba tiba akibat tidak tahan dengan masalah yang berlaku antara dia dan kawan-kawannya. Di luar ruang gig, Abu menegur Ali dan mereka berbaik. Akan tetapi, Ali meninggalkan Abu apabila Lynn pula datang dengan alasan mahu menyimpan gitarnya.


Apabila tiba di parking, Ali didatangi Boy dan pergaduhan tercetus. Abu yang menyedari Ali pergi terlalu lama cuba mencarinya di parkir tersebut. Boy cuba menikam Ali dari belakang tetapi tikaman itu terkena Abu. Dalam perjalanan ke hospital dengan menaiki kereta Ali, Abu meninggal dunia di atas pangkuan Lynn.


Beberapa hari kemudian, Lynn menyedari bahawa beg galas milik Abu ditinggalkan di gerai milik ibunya. Lynn menarik keluar sekeping sampul yang tertulis 'untuk: Adii' lalu mengeposkannya kepada Adii. Melalui kandungan sampul tersebut, Adii akhirnya mengetahui rahsia di sebalik kehilangan Vanilla Ais.


Di akhir cerita, Ali meninggalkan kerjanya sebagai promoter agensi perlancongan dan kembali menyertai The Disasters dalam sebuah lagi gig. Sophie pula mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Ali menyerahkan buku sajak Utopia Trauma milik Abu yang ditemuinya di bahagian tempat duduk belakang kereta. Abu meninggalkan pesanan berbunyi "Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada", yang juga merupakan tagline filem Kami. Babak akhir cerita menunjukkan Ali dan Lynn berbual di hadapan rumah Lynn, sebagai tanda hubungan mereka yang kembali pulih. 

Comments