Syaitan Munafik

 


Filem Seram Malaysia Indonesia “Syaitan Munafik” Yang Tertunda 15 Tahun Akhirnya Bakal Ditayangkan Pada 21 Disember Ini!!


Filem genre seram dengan modal RM1.7 juta ini dihasilkan sejak 2008 oleh produksi United Nine Creative SDN BHD, yang juga turut dibintangi Allahyarham Ashraf Sinclair.


Dikhabarkan filem ini akan menyajikan jalan cerita yang jauh lebih menarik kerana telah banyak pembaikan dan penambahan babak selama filem ini ditangguhkan. Sangat meyakinkan bahawa filem ini mempunyai kejutan yang akan memuaskan banyak penonton nantinya.


Syaitan Munafik mempunyai keistimewaan yang unik untuk menyampaikan story telling dan premis. Filem ini bukan semata-mata klise, tetapi penuh nuansa hiburan serta mempunyai scene suspense dan skoring muziknya yang bakal menawan para penonton. Serta kemasan kekuatan plot dengan beberapa cerita untuk menipu penonton (Plot Twist).


Selain Allahyarham Ashraf Sinclair, sederet pelakon ternama malaysia juga turut memeriahkan filem ini. Termasuklah Ruminah Sidek, Dato Jalaluddin Hassan, Faizal Husin, Linda Hashim, Dian P Ramlee, Airis Yasmin, S Samsudin, Chik, Nabil Ahmad, Yank Kassim, Latif Borgiba, Fatimah Yahya, Zila Bakarin, Ramly Saleh, Munir, Nadia, A Galak, Fathil Dani, S Azli, Maidin, Mak Jah dan Erry Putra.


Ada juga bintang pendatang baru Malaysia, seperti Bandi Amuk, Wom UG14, Reedzwan, Erin CTJ, Affie Rania, Adia dan Siti Khadijah. Ada dua pelakon Indonesia yang terlibat dalam filem horor terseram ini juga, Tessa Mariska dan bintang muda Dea Lestari.


Mengulas mengenai penangguhan filem, Penerbit Datuk Mohd Rosdi Shair berkata:” Filem ini tertangguh akibat masalah tertentu seperti aspek teknikal. Ikutkan, perasaan putus asa memang ada. Tapi, kerana saya sudah biasa dalam industri walaupun bermula dalam bidang rakaman lagu, saya sudah tahu permainan dan dugaan dalam industri dan teruskan juga.”


Tambahnya lagi, “Saya menyedari daripada terus membiarkannya terperap, baiklah tayangannya diteruskan juga. Memang saya pernah terfikir tak nak tayang terus kerana merajuk dengan industri. Tambah lagi saya tak jumpa dengan orang yang betul kerana saya masih baru. Saya tak kenal sangat orang produksi. Pelakon Yank Kassim adalah orang yang banyak mendorong saya supaya menayangkan filem ini.”


"Saya pula selagi tak dapat dana yang betul-betul kukuh, memang takkan keluarkan. Tapi dengan sokongan kawan-kawan, saya bersemangat untuk bangkit," katanya.


Sinopsis Syaitan Munafik


Mengisahkan sekumpulan pelajar di mana dua daripada mereka berasal dari Indonesia dan tiga pelajar tempatan, membuat kajian mengenai kewujudan puteri bunian dan alam ghaib.


Mereka menempuh pelbagai halangan dari awal perjalanan hingga tiba di kaki gunung. Tanpa menghiraukan kejadian aneh, kenderaan yang mereka naiki meluncur ke suatu tempat yang dilihat seperti alam ghaib.


Nantikan tayangannya 21 Disember ini di pawagam terdekat anda ya!! Pasti ramai yang rindu untuk melihat lakonan Allahyarham Ashraf Sinclair!

Comments