Filem Pendekar Awang : Darah indera gajah







Setiap zaman...di tanah berdaulat ini ada pahlawannya. Katanya Ni prequel kisah Awang dalam filem Mat Kilau.
Filem 'Pendekar Awang - Darah Indera Gajah' adalah kesinambungan kepada Mat Kilau dan merupakan sebuah filem yang diinspirasikan daripada kisah benar. Filem terbitan Studio Kembara ini Kini  di pawagam Malaysia mulai 11 Januari 2024.

Terbitan Studio Kembara, 2024 ini Filem PENDEKAR AWANG bakal menggegarkan pawagam dengan barisan-barisan pelakon terkenal!

Sinopsis:

Berkisar tentang peristiwa selepas kebangkitan pahlawan Melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat.

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran.


Menjengah ke media sosial selepas tayangan perdana filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah malam tadi, rata-ratanya memberikan komen dan review yang bercampur-baur tentang filem ini, terutamanya dari segi teknikaliti dan garapan emosi. Tak kurang juga ada yang memuji filem ini lebih improve daripada Mat Kilau, filem sebelumnya.

KRITIKAN terhadap pemakaian barisan pelakon filem Pendekar Awang - Darah Indera Gajah, kecoh dari kalangan netizen. Namun, brader sangat tertarik dengan huraian oleh abang kita ni. Jom baca artikel di bawah : 

“Terbaca kritikan terhadap kostum dan busur panah dalam filem ini. Menurut pengkritik, Melayu 'dibadwikan' dalam filem ini. Tidak realistik wanita Melayu pakai jubah 'bertutup litup'. Tidak realistik pendekar tempatan guna busur panah Parsi. 



Pelakon:

  • Fattah Amin -Awang
  • Nur Fazura
  • Nurhelizahelmi sebagai Srikandi Siti
  • Hazwanihelmi sebagai Srikandi Minah
  • Tissabiani sebagai Srikandi Besah
  • Amir Ahnaf - Andak
  • Mawi
  • Azrul ismail
  • Faizah tahir
  • Hasnul rahmat
  • Dian P. Ramlee







Poster oleh: @lahhamid_

Gambar oleh: @studioloav

Comments