Filem MagiK


SEBAGAI usaha menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran, syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu Tanaka dan Bea Tanaka tampil dengan filem magiK.

Filem bergenre drama, keluarga dan fantasi arahan Tanaka itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang kanak kanak oku pendengaran Kit berusia 7 tahun yang tinggal di perkampungan yang terkenal dengan kelip kelip. Keluarganya mempunyai masalah kewangan. Bapanya hanya bekerja sebagai pendayung sampan pelancong. Ibunya mahu dia bersekolah dan mempelajari Bahasa isyarat. Tapi Kit lebih senang dengan alam semulajadi.

Satu kejadian aneh berlaku bila Kit berkomunikasi dengan kelip kelip dengan cara tertentu



Filem Beto kusyairy KUM

Comments