Rindu Kasih 2

 


Jangan pernah kembali!

Drama rindu kasih kembali dengan musim kedua.

Tiada manusia yang sempurna, jangan salahkan orang lain atas sebab yang berpunca daripada diri sendiri... -Salina



▶️ Tonton #RinduKasih2 -> Mulai 13 Februari -> Isnin-Khamis -> 10 malam di TV3!

Sinopsis:

Mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina (Ummi Nazeera) selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir (Izzue Islam) dan ibu mertuanya Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Kini, apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya, Fayyad (Dzul Hadziq).

Amir tetap tidak berputus asa untuk menjejaki Salina dan Fayyad seperti bekas suami yang gila talak. Amir mahukan Salina kembali ke sisinya dan juga ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina merahsiakan keberadaannya kecuali Hisyam (Nafiz Muaz) saja yang tahu. Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara.

Selepas beberapa tahun, Halijah telah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah. Malah, Salina juga difitnah menjalani hubungan dengan Hisyam apabila hubungan Hisyam dan Murni (Ezzaty Abdullah) mula bermasalah.

Fayyad yang kini sudah berusia 7 tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, Fayyad yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya
? Lagi lagi Bila Hisham menipunya dan mula tergila- gilakannya. Rita juga tidak tahan dengan ibu mertuanya Halijah yang sering mendera Fayyad.Halijah sering berpura pura di depan Amir dan Iqbal.



Pelakon:
  • Izzue Islam - Amir
  • Umi Nazeera- Salina
  • Anne Abdullah
  • Fazlina Ahmad Daud- Halijah
  • ezzaty Abdullah - murni 
  • Mimi ernida - Rita
  • Meor - Iqbal
  • Nafis Muaz- Hisham







Comments