Samarinda: Haloba



Nantikan drama bersiri berjudul 'Haloba' terbitan Enuja Production diarahkan oleh Emi Suffian menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim, Shiqin Kamal dan Alif Azi, yang akan mengisi slot Samarinda di  TV3.

Jumlah episode :15

Sinopsis :

Kepulangan Erina ke Malaysia dengan satu tujuan iaitu membalas dendam terhadap Raif atas kesilapannya yang lalu. Erina berganding bersama kekasihnya Hadi untuk mencapai matlamat tersebut. Misi itu nampak mudah hinggalah terpaksa menghadapi cabaran dengan orang di sekeliling Raif yang amat menyayanginya.

Hubungan Raif dan Erina mendapat liputan media.Pihak media memburu Alia dan Misha untuk bertanyakan adakah mereka bersedia menerima Erina sebagai isteri ketiga Raif. Alia membenarkan Raif mengahwini Erina. Raif cemburu hubungan Alia dan Taufik. Sebenarnya Alia juga merancang sesuatu dan menyimpan dendam terhadap Misha.


pelakon dan watak:

Aiman Hakim Ridza sebagai Raif
Afifah Nasir sebagai Erina
Sherry Ibrahim sebagai Aliya
Shiqin Kamal sebagai Misha
Ieda Moin sebagai Kak Zura
Shah Iskandar sebagai Taufik
Izz Ilham sebagai Adam
Syaffiq Sahli sebagai Hadi



Comments