Surat dari Tuhan

 





Saksikan drama terbaharu dari Shukri Yahya dan Janna Nick. Drama yg penuh emosi bermula dengan kontroversi.
 Cinta itu penuh pemberian, bukan meminta untuk diberikan. Cinta itu perlu tulus bukan paksaan. 

Sinopsis

Surat Dari Tuhan mengisahkan tentang Ryan yang telah bertindak tanpa persetujuan ibunya, Rafilah dengan memberi peluang kedua kepada Misha dan berkahwin dengannya. Perkara ini telah mendapat tentangan ibunya memandangkan Misha pernah memutuskan pertunangan mereka hanya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung.


Firasat Rafilah sebagai seorang ibu ternyata betul. Setelah berkahwin dengna Ryan, Misha mula memperlihatkan dirinya yang sebenar. Misha mula melayan ibu mentuanya iaitu Rafilah dengan layanan yang tidak wajar. Namun, Misha tiada perasaan belas ihsan terhadap insan tersebut.


Situasi menjadi lebih buruk lagi apabila Ryan membawa Rafilah untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang di Madinah, Misha langsung tidak endah untuk memberi pertolongan kepada Rafilah bagi memudahkan urusannya.


Bukan hanya itu, sekembalinya mereka di kota suci itu, pelbagai masalah melanda. Selain cabaran kehidupan peribadinya, masalah perniagaan juga perlu ditangani oleh Ryan.


Ikuti kisahnya dalam Drama Surat Dari Tuhan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam.

Para pelakon :

  • Shukri Yahya
  • Janna Nick
  • Umi Nazeera
  • Sheila Hassan
  • Trisha
Nantikan oktober Ini.






Comments