Bukan Cinta Sempurna

 



Nantikan drama 'Bukan Cinta Sempurna' adaptasi daripada siri 'Cafe Con Aroma' akan disiarkan di slot Tiara, Astro Ria bermula 31 Julai 2023, pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Ria atau strim di Astro GO.

Jumlah episode: 50 


Sinopsis:

Qistina adalah seorang gadis miskin yang bekerja di ladang milik keluarga Luqman bersama ibunya. Malang yang menimpa keluarga Luqman turut terpalit pada Qistina yang telah jatuh cinta dengan Luqman. Fitnah yang ditaburi oleh Aniq dan keluarga Luqman terhadap Qistina bakal mengubah haluan hubungan mereka.


Watak Pelakon

Fadlan Hazim sebagai Luqman

Ayda Jebat sebagai Qistina

Shah Iskandar sebagai Aniq

Neera Azizi sebagai Marina

Alif Hadi sebagai Benjamin

Qistina Khaled sebagai Diana

Saidah Kamarudin sebagai Nadia 

Nick Naim sebagai Omar

Comments