Kampung Mat Salleh

  • Tarikh Tayangan: 18 Mei 2023
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6:00 petang
  • Rangkaian: Sakura TV3 / Disney+ Hotstar
  • Penulis Skrip: Azal Ezreen
  • Pengarah: Hashim Rejab
  • Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Sinopsis:

Faizal (Aiman Nasir Wynne) mempunyai kehidupan yang normal sebagai seorang despatch di sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur dan mempunyai teman wanita iaitu Mimi(Amy Nurtinie). Setelah diarahkan oleh bosnya, Tuan Shakur(Kazar Saisi), untuk menghantar sebuah bungkusan penting ke utara tanah air, Faizal terlibat dalam satu kemalangan yang telah membuatkan dia hilang ingatan dan menyebabkan dia lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Tanpa arah tuju, Faizal tersesat ke sebuah kampung dan disalah anggap sebagai ‘mat saleh’ dek kerana rupa parasnya seperti orang yang berasal dari Eropah malah penduduk kampung memanggilnya dengan nama Saleh. Kehadiran Faizal di kampung tersebut bagai membawa rahmat kepada penduduk kampung. Kebetulan, mereka mengharapkan seseorang yang boleh mengajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana mereka akan menyertai satu pertandingan choral speaking. Walaubagaimanapun, ada penduduk kampung yang kurang senang dengan kehadiran Faizal di kampung mereka.

Bagaimanakah Faizal membantu penduduk kampung untuk fasih berbahasa Inggeris? Adakah identiti sebenar Faizal bakal terbongkar?

Watak Pelakon
Aiman Nasir Wynne sebagai Saleh / Faizal
Nelissa Nizam sebagai Zana
Wanna Ali sebagai Bedah
Kamarul Eqif sebagai Bulat
Fathil Dani sebagai Penghulu Ali
Kazar Saisi sebagai Tuan Shakur
Amy Nurtinie sebagai Mimi


Comments