Segenap Takdir
Mulai 24 April 2023
Isnin Hingga Khamis Pukul 6 Petang
TV3
πBagi Haryani (Siti Khadijah Halim) cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. Azlan (Niezam Zaidi)! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun, Hukuman-Nya, lagilah dia sengaja lupa.
Demi nyawa tunangannya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri pertama. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira (Zara Zya) apabila dengan izin-Nya gadis itu kembali sedar.
Satu peristiwa berlaku menjadi punca Haryani terkenang akan dosa. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Pedih! Apabila digelar sebagai insan munafik.
βJangan gunakan tudung sebagai alasan nak tutup perangai buruk tu. Aku takkan terpikat.β β Azlan
Tulus dengan diri yang ingin berubah meski liku menguji hasil daripada sikapnya yang terdahulu. Hijrah Haryani itu mendatangkan kesan buat Faisal (Nabil Aqil). Di setiap kesukaran itu, terungkai satu per satu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan.
Namun, dugaannya tidak pernah ringan. Haryani dituduh pula bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. Allahu!
βAllah SWT tak pernah terhadkan satu jalan untuk manusia berubah. Allah juga tak sediakan pintu syurga tu hanya sebuah.β
Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa bertuhan dan fahami makna Segenap Takdir ujian.
Comments
Post a Comment