Megadrama: Ash dan Aish

 


Drama yang ditunggu selepas lonjakan nama Meerqeen dan Ana Jobling.

  • Episod: 28
  • Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2022
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • Channel Siaran: Astro Ria 104
Sinopsis:
Kisah Ash dan Aish yang ditakdirkan bertemu dengan tidak sengaja akhirnya membawa kepada perkahwinan kerana perasaan simpati dan ingin melindungi Aisha. Ash yang penuh misteri dan hidupnya gemar membantu orang yang ada masalah.

Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia?

Ashrafi
Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.

Aisha
Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.

Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.

Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

Pelakon:
Meerqeen sebagai Ash
Siti Khadijah Halim sebagai Aish
Nadhir Nasar sebagai Izhan
Anna Jobling sebagai Dalila
Norreen Iman sebagai Kak Wati
Harissa Adlynn sebagai Amni
Asha Merican sebagai Izma
Idzham Ismail sebagai Anwar
Nada Syuhada sebagai Jihah
Arash Mohd sebagai Hj Adnan
Zarina Zainuddin sebagai Puan Suraya
Dato’ Rosyam Noor sebagai Aziz Irfan
Andy Teh sebagai Assad

Comments