Filem Dekatnya Cinta

 


Dekatnya cinta adalah sambungan drama yang pernah mencipta fenomena 10 tahun lalu. Masih utuhkah cinta Adam Mukhriz terhadap Ain Hawani?Nak tahu apa kesinambungan Drama Adam & Hawa ini korang kena tonton 13 Mei ini okay!



Sinopsis:

Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di Multazam dimakbulkan Allah.Kini mereka mengutip cinta yang tertinggal 11 tahun lalu.Untuk kali kedua,mereka jatuh cinta lagi.Kata dan janji diulang-ulang. Tiada sesiapa lagi di antara mereka yang akan ditinggal pergi.

Namun,kebahagiaan mereka dipanah petir.Dugaan datang menyihir dua hati.Sejambak Ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Cemburu merasuk di hati.Siapa yang beri?Itukah lelaki yang selalu Ain puji?

Adam kecewa!Ain mempermainkan kepercayaannya.Kenapa Ain menduakannya?Ain curang!Ain tidak setia!Ain lupa dia adalah suami.Akhirnya Adam melafazkan talaq.
Sekujur badan Ain bagai kaca yang terhempas,Tangannya mengigil menadah takdir.Sekali lagi hatinya dipalu pilu.Adam salah faham.Adam silap pandang,Adam ego sebenarnya,Ego suaminya mendahului aqal.Dia mahu menyuarakan semuanya namun Adam enggan dengar.
Arissa dirampas pergi.Ain tidak sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati.




Comments