Takdir yang Tertulis (Review)

 


Pasti korang tak senang duduk bila tengok drama ni kan.. Bila ean nak muncul ni?

Sinopsis:
Azlan dan Juweta berkenalan sejak universiti. Kawan baik mereka adalah Ean dan Ruhila. Selepas beberapa tahun kahwin, rumah tangga mereka dilanda badai.Azlan tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak menghormatinya sebagai suami lalu melafazkan cerai. Juweta yang marah, memecat Azlan yang bekerja di pejabatnya.

Tetapi bukan sahaja lafaz cerai itu mengejutkan, tetapi kehadiran peguam memberi khabar duka kepada Juweta. Juweta bukan sahaja hilang suami, tapi hilang harta yang dimiliki. Kejutan lagi, Ruhila telah berkahwin dengan suaminya 7 tahun lalu. Juweta dikhianati oleh suami dan kawan baiknya sendiri.
Episode semakin menarik, bila kisah silam setiap watak diolah dengan menarik.
Rupanya Mika adalah anak Ruhila Dia dijaga oleh Juweta dan Azlan selepas Ruhila meroyan selepas bersalin dan Azlan tidak sanggup meninggalkan anak itu di Masjid.Namun, Azlan tidak mengetahui, Mika itu sebenarnya bukan anak kandungnya dengan Ruhila.Mujur Ean muncul membantu Juweta yang  kehilangan segalanya. Dia cuba untuk bantu Ju dapatkan anaknya. Pn Salmah rupanya agenda yang tersendiri. Dia terang-terang mempergunakan Azlan. Juweta dan Ruhila masing-masing mahukan Mika. 



Comments