Drama Mencari Kiblat Cinta

 



Drama baru di TV Okey. Kisah penuh dengan air mata.Satu demi satu misteri terungkai. Sebuah novel yang menarik,memang best drama dia. update ep 4

Sinopsis:
Kisah duka Danira bermula apabila ayah dan ibunya mati dibunuh. Pak cik dan Mak ciknya pula bertindak merampas semua harta tinggalan ayahnya. Malah, Danira dan Naufal dihalau. Selepas waktu sekolah, Danira akan bekerja di warung Pak Maidin dan Naufal pula semakin liar.
Demi Naufal, Danira sanggup mengorbankan dirinya, mengakui kesalahan yang tidak pernah dia lakukan. Demi Naufal juga, Danira merengkuk dalam penjara atas tuduhan membunuh. Selepas enam tahun, peguamnya berjaya membuktikan Danira tidak bersalah. Selepas dibebaskan, Danira bekerja di sebuah taska. Danira nekad mencari Naufal yang hilang. Tanpa Danira sedari nyawanya dalam bahaya kerana ada sesuatu yang disembunyikan ayahnya.

Danira mengenali Tengku Filman, bapa kepada Melly. Filman merupakan seorang duda dan peguam. Cinta antara Filman dan Danira semakin mekar, walaupun Danira sering bermain tarik tali, kerana masa silamnya. Tanpa Danira sedari, lelaki yang terbunuh enam tahun lalu, Tengku Firdaus adalah abang kandung Filman. Malah, Filman mempunyai seorang adik lelaki, bernama Aliff yang mempunyai wajah seiras Na
ufal.






Tonton drama:


Comments